Shahril Mokhtar Dilantik Jadi Pengarah Urusan Destini

KUALA LUMPUR: Destini Bhd melantik semula Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar sebagai Pengarah Urusan kumpulan yang baharu, hanya sebulan selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MRT Corp itu menyertai lembaga pengarah kumpulan kejuruteraan berkenaan sebagai Pengarah Eksekutif.

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Destini berkata pelantikan semula itu berkuat kuasa serta-merta.

Shahril, 54, sebelum ini dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada 4 Disember 2025.

Selain pernah berkhidmat di MRT Corp, Shahril juga pernah memegang jawatan Pengarah Urusan kumpulan di Prasarana Malaysia Bhd.

Beliau turut pernah memegang jawatan eksekutif dan pengarah di beberapa syarikat, termasuk syarikat tersenarai seperti CSH Alliance Bhd, yang kini dikenali sebagai Velocity Capital Partner Bhd, Green Packet Bhd dan Taghill Holdings Bhd.

Ketika ini, beliau juga merupakan ahli lembaga pengarah West River Bhd dan EVD Bhd.

Download

Download this news in PDF format and print ready.